Khamis, 18 Disember 2008

Hari yang malang

Jailani merupakan seorang pemandu lori. Dia menyewa sebuah rumah bersama kawan baiknya shahidan (guru tarian SK Bukit Runtuh).... nak dijadikan cerita sesampainya Jailani di rumah di terus meneguk habis air Shahidan yang diletakkan atas meja kerana kehausan yang amat sangat..... Tiba-tiba Shahidan menangis teresak-esak......


Jailani : "Hei, jangan la nangis!" Aku haus sangatlah.... Nanti aku belikan minuman lain untuk kau yer?.

Shahidan : Bukan itu masalahnya Jai. Hari ini merupakan hari termalang dalam hidup aku.

Jailani : Kenapa pulak Dan?

Shahidan : Pertama, semasa aku ke pejabat tadi, Guru Besar marah besar dan caci maki aku.

Jailani : Ala... biasalah tu... mungkin mood dia tak baik hari ni.... takkan kau tak kenal lagi perangai Guru Besar kau tu yang memang suka marah kat kau... yerlah engakau lembut sangat... yerlah cikgu tarian katakan...

Shahidan :Bukan pasal tu... lupakanlah.. Ketika mahu pulang tadi, kereta aku pulak dicuri orang. Pasal aku Parking kat luar. Pastu masa aku naik teksi, dompet dan kad kredit aku tertinggal di dalamnya.

Jailani : Rileksla bro... yang hilang barang-barang kau... tu sumer boleh dicari... kalau hilang nyawa lainlah...

Shahidan : Aku tertekan... setelah aku berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum air racun tu.

Tiada ulasan: