Ahad, 18 Disember 2011

Malas

Tersebutlah kisah, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada seorang pun yang malas. Raja di situ tidak yakin bahawa semua rakyatnya adalah rajin. Lalu, pada suatu hari, Raja membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Lalu muncul seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cerita pun malas.

Tiada ulasan: