Khamis, 25 Disember 2008

Sama jer

Seorang atuk tegur cucu dia hazri yang tak cemerlang dalam peperiksaan

Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya kau tu hazri, semua lulus tinggi-tinggi. kau ni asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah yang teramat sangat)

Hazri: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain jer. Hazri tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.

Atuk: eh, .. apa yang tak samanya?

Hazri: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?

Atok yang dalam keadaan geram yang teramat sangat terus mencabut gigi palsunya dan mencampaknya ke dinding dengan perasaan marah yang amat sangat..

Tiada ulasan: