Selasa, 6 Januari 2009

Gaduh dengan Isteri

Ketika makan tengahari bersama di "kedai mamak", Shauki berbual dengan Raisam jiran sebelah rumahnya.

Shauki: "Raisam, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Raisam: "Ya betul..."

Shauki: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Raisam: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Shauki: "Wahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Raisam: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Shauki
: "@#$!%^&%"(kerana bengang Shauki terus meneguk air kopi panas yang di ordernya tadi sehingga melecur lidah dan kerongkong...)

Tiada ulasan: