Isnin, 15 Disember 2008

Undur Kereta


Pada suatu petang, Makcik Timah ingin menghantar anaknya, Nurin ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Makcik Timah pun berpesan kepada anaknya :

Makcik Timah : Nurin, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Nurin: Baiklah , ibu!

Makcik Timah: Kena tak ? Kena tak?

Nurin: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Makcik Timah : Kena tak ? Kena tak?

Nurin: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , boom#$%*@ !!

Nurin: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Makcik Timah: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Nurin:ibu cakap kalau langgar pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Makcik Timah lantas menggigit selipar jepun yang dipakainya dengan penuh ghairah kerana bengang dengan anaknya yang lurus bendul itu...

Tiada ulasan: