Selasa, 23 Disember 2008

Takde Masalah

Yati baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Yati cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Yati lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Yati memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Yati kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Yati mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Takpelah cikgu...!"

Yati tidak putus asa dan terus bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"... Saya tengah main bola ni cikgu, saya jadi penjaga gol. So kena tunggu bola datang... saya takdelah masalah.... tapi kalau saya ada masalah nanti saya jumpa cikgu...

Cikgu yati berasa sangat malu... dia terus berlalu dengan menutup mukanya... sampai di belakang dinding bangunan sekolah... kerana malu yang amat sangat, cikgu yati menggigit sepatunya dengan mengikut irama rap sehingga tumit sepatu itu patah...

Tiada ulasan: