Ahad, 18 Disember 2011

Kebun Wasiat Daripada Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Sharifuddin Al Khutubi pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Sharifuddin Al Khutubi, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Sharifuddin Al Khutubi : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Sharifuddin Al Khutubi : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Sharifuddin Al Khutubi tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Sharifuddin Al Khutubi : "?????" sambil menggit kuku kaki kirinya...#$%^#%@

Malas

Tersebutlah kisah, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada seorang pun yang malas. Raja di situ tidak yakin bahawa semua rakyatnya adalah rajin. Lalu, pada suatu hari, Raja membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Lalu muncul seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cerita pun malas.

Ahad, 22 Ogos 2010

Anak dan Ibu Lalat


Suatu hari si anak dan ibu lalat sedang menikmati juadah di dalam sebuah tanda awam..

Anak Lalat: ibu kenapa hari2 kita makan tahi.. busuk tapi sedap..
Ibu Lalat : shhhhh... depan rezeki tak baik bercakap...

Ibu Lalat
: Dah baca doa makan...
Anak Lalat : Ibu, inikan dalam tandas... tak boleh baca doa..

Sabtu, 26 Disember 2009

Baju Batik

Nak dijadikan cerita pada zaman dulu ada seorang ahli koperat mengadakan satu majlis sambutan ulangtahun syarikatnya Ubi Kayu Sdn. Bhd.. En. Raisal selaku pengurus syarikat mengarahkan semua hadir dengan memakai baju batik...

En. Raisal : Male ni sumo wajik mari majleh make-make sepeno uletahon syarikak kito.. eh.. syarikat ambo.... pakak pakak date... jange bowok binate.. nanti ambo tey..

Jadi malam itu berlangsunglah majlis... semua orang datang berpakaian batik cuma raisam saja yang memakai baju melayu... Bosnya yang kepanasan terus memarahi raisam... dengan berkata..

En. Raisal : eh... raisey wakponyo mu paka baju melayu... mu tok pehe ko.. aku suruh paka baju batik..

raisam terus menjawab tanpa segan silu....

Raisam : baju batik lah ni bos... saya pinjam kat anak bos... anak bos yang no. 2 tu... batik bin raisal... baju batiklah ni.. bukan baju saya... bukan baju bos... baju batik... tak caya tanya batik..

Batik anak En. Raisal yang kebetulan berada disitu berpakaian batik berwarna biru hanya terseyum...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Pak Pandir Di Bulan Puasa

Di suatu petang yang cerah .. Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa . Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

” Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang….” kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”.
“Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci… Lagipon .. bulan puasa mana ade setan kan ?

Jumaat, 10 Julai 2009

Gaduh Suami Isteri

Suatu hari sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin berperang besar. Selepas aga lama bertegang urat, si isteri terus meluru ke bilik, mengeuarkan beg dan mula mengemas pakaian.

Suami: Awak nak ke mana ni?

Isteri: Saya dah bosan! Dah 10 tahun kahwin, rumah ni tak pernah aman! Saya nak tinggalkan rumah ni!

Si suami kemudian keluar dari bilik dan masuk semula dengan sebuah beg di tangan.

Suami: Betullah cakap awak. Rumah ni memang tak pernah aman. Saya pun nak tinggalkan rumah ni dan nak ikut awak sama!!

Jumaat, 3 Julai 2009

Gadis Speaking English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. ... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall

Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '

Khamis, 16 April 2009

Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.

Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."

Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"

Anak : "2 kilo pakcik"

Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."

Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."

Rabu, 15 April 2009

Pengalaman Kisah Seram Umar

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 2003. Ianya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAK BELI UBIIIII..

Rabu, 25 Februari 2009

Karangan yang pelik

Tajuk karangan : Pengalaman saya yang paling mengerikan
Masa : 1 Jam

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

I am sorry

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?
Operator : Yes, you can speak to me.
Caller : No, I wantto speak to Annie Wan (anyone)!
Operator : You are talking to someone! Who is this?
Caller : I’m Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It’s urgent.
Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what’s this urgent matter about?
Caller : Well…just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan(no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone)is on his way to the hospital.
Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then theaccident isn’t an urgen t matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!
Caller : You are so rude! Who are you?
Operator : I’m Saw Lee (Sorry).

Selasa, 3 Februari 2009

Pilot Buta

Para penumpang sebuah Pesawat sedang bersiap sedia ditempat duduk masing-masing.. Mereka hanya menunggu pilot dan co-pilot yang belum datang.

Akhirnya.. Pilot dan co-pilot datang melalui pintu belakang pesawat. Mereka berjalan sepanjang lorong menuju kokpit pesawat di depan. Kedua orang tersebut nampaknya seperti buta. Pilot berjalan menggunakan tongkat... mengetuk2 kerusi penumpang di kiri kanan. Sedangkan co-pilot pula berjalan dipandu oleh seekor anjing. Kedua orang tersebut menggunakan kaca mata hitam yang besar, sehingga agak sukar bagi penumpang untuk memastikan mereka itu benar2 buta atau tidak. Penumpang meneka ini adalah lakunan belaka.

Namun, ketika pesawat dihidupkan mula bergerak diatas landasan.. penumpang mulai takut dan berpeluh... Pesawat kini sudah berada di hujung landasan. Mesin amaran berbunyi dengan kuat.. Penumpang semakin panik. Pesawat bergerak semakin laju... tetepi pesawat masih belum naik meninggalkan landasan.... lalu beberapa orang penumpang menjerit bagai histeria....

Tiba-tiba saja pesawat naik.. betul-betul di penamat landasan.. dan kemudian terbang seperti biasa. Tidak lama kemudian terdengar suara pilot dan co-pilot berbual...

"Suatu hari nanti.. kalau penumpang tidak menjerit.. kita sudah jadi
bangkai di landasan."

Jumaat, 23 Januari 2009

Bercakap Jua Akhirnya

Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk mengajar
anak kucing tersebut bercakap…

Dari hari ke hari dia mengajar.. tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkata walau sepatah haram pun…

Setelah enam tahun berlalu.. terjadilah keajaiban.. kucing tersebut mula berkata2..
“Hey, AWASSSS … rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu.”

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku disitu dan tiba-tiba rantai besi itu benar2 jatuh di atas kepalanya…

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata..
“Selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap.. tapi setelah aku bercakap…
engkau tidak mahu mendengarpun cakapku…

Selasa, 13 Januari 2009

Menjerit Bersama

Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit..

“Tolong, Tolong”

Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata..

“Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama”

“Ya.. Idea yang sangat bagus” jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua mula menjerit

“Bersama ! Bersama!”

Jumaat, 9 Januari 2009

Doa seorang lelaki

Alkisah… .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan.
Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya
adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

“Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..
Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAUyang memburuku Muslim yang beriman .. tolong... ya Allah! Amin..”

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Tiba-tiba…. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,”Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! ”

Khamis, 8 Januari 2009

3 Sahabat

3 orang sahabat, Puaad,Din,Hazri…tinggal di sebuah flet 60 tingkat..
Pada suatu hari, lif rosak… maka kena la pakai tangga..
Puaad mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..

Puaad Start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye..”
sedar2 mereke dah berade di tingkat 30..

Din lak sambung..
“mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah..”
mereke skrang berada di tingkat 50..

Hazri lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnyer.. cerite aku ni… sebenarnya…… kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”mereka sekarang berada di tingkat 60…Tanpa berfikir panjang..
Puaad dan Din terus mencampak Hazri ke luar flet..

Selasa, 6 Januari 2009

Gaduh dengan Isteri

Ketika makan tengahari bersama di "kedai mamak", Shauki berbual dengan Raisam jiran sebelah rumahnya.

Shauki: "Raisam, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Raisam: "Ya betul..."

Shauki: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Raisam: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Shauki: "Wahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Raisam: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Shauki
: "@#$!%^&%"(kerana bengang Shauki terus meneguk air kopi panas yang di ordernya tadi sehingga melecur lidah dan kerongkong...)

Isnin, 5 Januari 2009

Takut Bini

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium Bukit Jalil.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali Hang Iju seorang sahaja sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Hang Iju: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Hang Iju: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Hang Iju: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi. Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat Hang Iju. Sesampai sahaja di tempat Hang Iju memeluk tiang, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Hang Iju: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Hang Iju: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG. Jadi patik takut...

Mendengarkan jawapan Hang Iju tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh Hang Iju.

Aku Sangat Letih

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.

Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yang boleh buat kerja….

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung…
Jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

MANA AKU TAK LETIH!!
Jadi sedar skit…. lahhhh..!!! pi buat kerja!!!

Ahad, 4 Januari 2009

Membeli Rumah

Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah.

Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya.

Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. ?Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah,? jelas tuan rumah.

Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini,? tanya lelaki itu kepada tuan rumah.

Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup,” jawabnya selamba